Thursday 16 February 2017

Pengenalan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim



Pengenalan Daerah Muallim
  • Merupakan daerah kesebelas di negeri Perak.
  • Diisytiharkan pada 11 Januari 2016 oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah.
  • Berkeluasan 93,434 hektar dan merangkumi 3 mukim ( Slim,Hulu Bernam Timur,Hulu Bernam barat).
  • Populasi daerah ini sewaktu pengisytiharan adalah 69,639.
  • Terletak dalam parlimen Tg Malim.
  • Dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Slim dan Behrang.
  • Kawasan-kawasan yang dirangkumi daerah ini termasuk Tg Malim,Trolak,Slim, Proton City,sebahagian Behrang,Wilayah Felda Gunung Besout 4,5,6.



Daerah Muallim di dalam peta negeri Perak Darul Ridzuan



*Asal nama daerah Muallim adalah daripada perkataan arab. Muallim Bermaksud orang yang ahli dalam bidang agama. Nama berkaitan ilmu dan ilmuan ini dipilih berdasarkan latar sejarah daerah ini.Daerah in i terletaknya Maktab Perguruan Sultan Idris yang menjadi pusat pengajian tertinggi tempatan untuk orang Melayu sewaktu zaman pra-kemerdekaan Tanah Melayu dan melahirkan golongan pemikir Melayu yang mendorong nasiolisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan.




No comments:

Post a Comment