Monday 8 May 2017

Skuad Vektor Juara!!!!

       Tanggal 6 Mei 2017 Team Futsal Vektor menjuarai kejohanan Futsal Padang  anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Muallim (Program WAWP).Vektor menghatar 2 pasukan pada kejohanan kali ini (Vektor 1 dan Vektor 2) . Team Vektor 2 menjuarai kejohanan dengan menewaskan pasukan dari Klinik Kesihatan Tg Malim dengan jaringan 3-0.Semoga kejuaraan ini dpapt dipertahankan untuk kejohanan tahun hadapan..



Vektor 2 VS kk Tg Malim

Team Vektor 1 beraksi menentang team dari KK Slim


Perlawanan Akhir Vektor 2 menentang KK Tg Malim
Team Vektor 2 yang menjuarai kejohanan

Skuad Vektor 1 dan Vektor 2


TAHNIAH SKUAD VEKTOR MUALLIM 2017 !!!!!!!!!

Tuesday 28 February 2017

Semburan Kabus (Kes)

Tarikh : 28 Februari 2017
Aktiviti : Semburan Kabus (Kes)
Lokasi : Taman Pertama Tanjung Malim




PA menyusun mesin fogging di dalam kenderaan

Rumah kes positif Denggi


                                                                                
Siaraya dari pemandu vektor sebelum aktiviti fogging dijalankan  


    


PKA menyelia kerja semburan kabus yg sedang dijalankan oleh PA




Semburan kabus juga dijalankan di dalam premis kediaman


Orang awam menanti di luar rumah bagi memberi laulan kepada anggota vektor menjalankan semburan kabus










Kawasan hutan, tanah lapang dan rumah terbiar juga diberikan tumpuan agar kawalan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh






Sunday 26 February 2017

Semburan Kabus ( Kes )

Tarikh : 22 Februari 2017 (Rabu)
Aktiviti : Semburan Kabus (Kes)
Lokasi : Taman Bernam Tanjung Malim














OPERASI 'EDUCATIONAL ENFORCEMENT' DI TAMAN-TAMAN AWAM

    Aktiviti kakitangan  Pejabat Kesihatan Daerah Muallim operasi 'Educational Enforcement' di Taman-Taman awam seluruh negeri Perak. (mengedar risalah)


Tarikh  : 18 Februari 2017 / Sabtu   
Hari     : Sabtu
Lokasi : Taman Pergola Slim River dan Taman YDP Slim River













         Untuk makluman pengunjung Blog Vektor Muallim,semua Taman Awam dan Taman Negara telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai dari 1 Februari 2017.
           Oleh yang demikian Pihak Kementerian Kesihatan Putrajaya telah mengarahkan supaya operasi berbentuk 'Educational Enforcement' dijalankan selama 3 bulan bagi memaklumkan pada orang awam berkaitan peraturan ini sebelum penguatkuasaan sepenuhnya mulai 1 Jun 2017. 









   

Thursday 16 February 2017

Pengenalan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim



Pengenalan Daerah Muallim
  • Merupakan daerah kesebelas di negeri Perak.
  • Diisytiharkan pada 11 Januari 2016 oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah.
  • Berkeluasan 93,434 hektar dan merangkumi 3 mukim ( Slim,Hulu Bernam Timur,Hulu Bernam barat).
  • Populasi daerah ini sewaktu pengisytiharan adalah 69,639.
  • Terletak dalam parlimen Tg Malim.
  • Dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Slim dan Behrang.
  • Kawasan-kawasan yang dirangkumi daerah ini termasuk Tg Malim,Trolak,Slim, Proton City,sebahagian Behrang,Wilayah Felda Gunung Besout 4,5,6.



Daerah Muallim di dalam peta negeri Perak Darul Ridzuan



*Asal nama daerah Muallim adalah daripada perkataan arab. Muallim Bermaksud orang yang ahli dalam bidang agama. Nama berkaitan ilmu dan ilmuan ini dipilih berdasarkan latar sejarah daerah ini.Daerah in i terletaknya Maktab Perguruan Sultan Idris yang menjadi pusat pengajian tertinggi tempatan untuk orang Melayu sewaktu zaman pra-kemerdekaan Tanah Melayu dan melahirkan golongan pemikir Melayu yang mendorong nasiolisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan.